Wednesday, March 22, 2006

UNDI LAH LAGI

terima kasih untuk mentri2 amno,....
islam hadhari tudung kat sekolah tak perlu pakai lagi..
nak pakai..pakai la...tak nak pakai....emmmm...lagi bagus...
huruf jawi....dah lama mampus rohnya cuma tahun ni baru nak kebumi tapi
nak diawet pulak....
agama islam...masjid..imam..iman...quran...nabi...umat...hukum...ceramah..khutbah..
ulamak...SAR...parti islam..mualaf..murtad..dan sgala hal lagi
habis disepaknya,,,dipijak,,,ditelanjang,,dihina..dilarang..dikentutnya,,,dicarut...diludah
arghhhh...abis tu macamana dengan anak-anak aku
anak-anak kamu...
aku ingat melayu akan ditindas cina atau india...
tetapi tidak...
rupanya melayu juga yang tikam melayu...
nasihatku buat aku dan kamu
UNDILAH LAGI

Tuesday, March 07, 2006

Guru oh Guru
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
(Dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu
bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,
Budi yang diapungkan di dulang
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
(Usman Awang, 197

apa apa je la

If you plant honesty, you will reap trust.
If you plant goodness, you will reap friends.
If you plant humility, you will reap greatness.
If you plant perseverance, you will reap victory.If you plant consideration, you will reap harmony.
If you plant hard work, you will reap success.
If you plant forgiveness, you will reap intimacy.
If you plant patience, you will reap inner strength.
If you plant faith, you will reap miracles.But if you plant dishonesty, you will reap distrust.
If you plant selfishness, you will reap loneliness.
If you plant pride, you will reap destruction.
If you plant envy, you will reap trouble.
If you plant laziness, you will reap stagnation.
If you plant bitterness, you will reap isolation.
If you plant greed, you will reap loss.
If you plant gossip, you will reap enemies.
If you plant worries, you will reap wrinkles.
If you plant sin, you will reap guilt.
So be careful what you plant now, it will determine what you will reap tomorrow.

Sunday, March 05, 2006

wanita itu rumput semalu


Wanita Itu Rumput Semalu
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada disitu dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek. Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya). Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Olehitu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkambumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yangsangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin. Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senjamenjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabilawaktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanyasepohon tumbuhan yang kecil. "SUMPAH PENDEKAR : BIAR PUTIH TULANG ASAL JANGAN PUTIH M
ATA

Sunday, February 26, 2006

laporan pening

assalamualaikum..
manchester united menang lagi....ABPBH 2006 sangat membosankan..semuanya (wanita) sibuk menunjuk pangkal/lurah buah dada masing2...dan betapa besar buah memasing masyaAllah...ada yang bercucu pun masih nak tunjuk betapa maintainnya body and buah dada diaorang...ini ke contoh......ini ke idola...orang melayu malas berfikir....hari ni bala Allah turun di Shah Alam namun laporan berita masih cakap itu bencana alam...ribut petir aiseh!padan kena tipu je la bangsaku..satu fenomena di planet marikh di mana ianya mula bergerak bertentangan maksud aku ke arah barat...lepas marikh biasanya bumi,...matahari naik dari barat dan tenggelam di timur pintu taubat pun tertutup,,,
Hari ni badan aku ni agak letih 2 hari kelas...8 pagi until 7 ptng...and fully ini english unless we request "please in malay puan or tuan" and my english berterabur take time le plak utk polish...so i will try my best.
blah dulu mata ngantuk esok keje..projek bnyk tak jalan krn otak masih jem n blur,,,27 Feb hari lahir abah aku...selamat hari jadi semoga panjang umur murah rezeki bye wassalam.

Sunday, February 19, 2006

Antara Cinta Orang Hindu Dan Cinta Orang Islam
"Orang Hindu cintakan agama mereka, mereka pergi bersembahyang di kuil membawa semua ahli keluarga mereka, daripada cucu mereka yang masih dalam buaian hinggalah ke datuk nenek mereka yang bertongkat. Orang Islam cintakan juga agama mereka, tetapi jarang kelihatan mereka membawa ahli keluarga mereka daripada cucu hinggakan ke pangkat datuk apabila ada keraian di masjid, apatah lagi pada ketika solat Jumaat.Orang Hindu cintakan agama mereka, semua ahli keluarga mereka berpakaian cantik dan bewarna-warni apabila pergi ke kuil. Orang Islam cintakan juga agama mereka, tetapi adakalanya pakaian pergi kerja lebih cantik dan kemas daripada pakaian apabila pergi ke masjid.Orang Hindu cintakan agama mereka, mereka menghiasi cermin kenderaan mereka dengan kata-kata ajaran Hindu yang memberi semangat kepada mereka untuk lebih menghayati agama mereka. Orang Islam cintakan juga agama mereka, tetapi jarang kelihatan menghiasi cermin kenderaan mereka dengan pelekat-pelekat yang membesarkan kalimah Allah.Orang Hindu cintakan agama mereka, dimana mereka berada mereka akan membina tempat sembahyang tanpa mengharapkan sumbangan pihak berkuasa. Orang Islam cintakan juga agama mereka, tetapi sentiasa mengharapkan pihak berkuasa untuk mendirikan masjid atau surau.Orang Hindu cintakan agama mereka, dimana mereka sentiasa pergi ke kuil untuk mendapat restu sami mereka. Orang Islam cintakan juga agama mereka, tetapi jarang bertemu para ulamak untuk mendapat restu mereka.Orang Hindu cintakan agama mereka, mereka menjadikan kuil sebagai tempat rujukan. Orang Islam cintakan juga agama mereka, tetapi masjid dan surau semakin lama semakin sepi.Maka apakah kita mempertahankan Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan atas dasar kita cintakan agama Islam, sedangkan kecintaan kita kepada agama kita tidak seperti kecintaan penganut Hindu terhadap agama mereka. Kecintaan kita kepada sesama Islam tidak sama seperti kecintaan penganut Hindu sesama mereka. Apatah lagi kecintaan kita kepada mereka yang baru memeluk agama Islam."
ARTIKEL INI LANGSUNG TIDAK BERNIAT UNTUK MENGIKTIRAF MANA-MANA AGAMA SELAIN ISLAM ATAU MENYAMAKAN ISLAM DENGAN MANA-MANA AGAMA. SESUNGGUHNYA ISLAM ITU TIADA TANDINGAN DENGAN MANA-MANA AGAMA DI BUMI ALLAH INI. ARTIKEL INI SEKADAR MUHASABAH DIRI UNTUK DIRIKU DAN JUA SESIAPA YANG MEMBACA...APA ITU ERTI CINTAKAN AGAMA.

Monday, February 13, 2006

JIKA ENGKAU MAHU BERFIKIR
MANUSIA ITU PUNCANYA ADAM
ADAM DAN HAWA MELAHIRKAN ANAK ANAK KEMBAR SEPASANG
MEREKA MENYEMBAH ALLAH YANG SATU
NAMUN HARI INI MANUSIA MENGHINA JUNJUNGAN NO. 1
DI NEGARA INI KITA MELAYU ISLAM ADA YANG MASIH SELAMBA
KENAPA KAU TERUS BERDIAM
ADAKAH KAU ADA KEPENTINGAN
KALAU KU HINA BAPA DAN IBU MU BAGAIMANA ?
INI NABI KITA
KALAU TIDAK DITAKDIRKAN ALLAH HIJRAH NABI KE MADINAH...
ISLAMKAH KAU....ISLAMKAH AKU....
DAPAT KITA MENGHIDU BAU SYURGA...
JUNJUNGAN KITA DIHINA
MEDIA KITA MASIH SARAT DENGAN HIBURAN
HARI INI MELAYU ISLAM LARA...
BAIK KAU ARTIS...DOKTOR...CIKGU...PELAJAR...SURIRUMAH..KANAK-KANAK...
KAU HANYUT DALAM HIBURAN YANG SEMEMANGNYA ALPA..
KAFIR HARBI HINA NABI KAU KATA TAKPA..
ESOK KEMANAKAH KITA..
BAGAIMANA DENGAN ANAK-ANAK KITA
ADAKAH ARTIS-ARTIS DI KACA TV ITU BAKAL MENJADI IMAMNYA
YA ALLAH BERIKAN KAMI PERLINDUNGAN.....
ALLAHUAKBAR

Tuesday, February 07, 2006

CERITA MELAYU MINDA MELAYU
SETELAH SOAP DRAMA DALLAS DITAMATKAN PENYIARANNYA BERBELAS TAHUN YANG LALU NAMPAKNYA KESANNYA MASIH KETARA MALAH MAKIN MENEBAL TERUTAMA TERHADAP PERJALANAN DRAMA ATAU FILEM2 MELAYU. KALAU KITA PERHATIKAN ADEGAN MAKAN PASTI TIDAKKAN KETINGGALAN. DARI KAJIAN SAYA SELAMA 1 MINGGU MENONTON BERBAGAI GENRE DRAMA MAHUPUN FILEM TERBITAN BANGSA MELAYU 90% ADEGAN MAKAN ADALAH WAJIB. MALAH YANG PALING MENYEDIHKAN SEMUA CERITA MENCERITAKAN BETAPA MEWAH DAN KAYANYA BANGSA MELAYU IRONINYA DEB MEMBUKTIKAN PERATUS YANG DITETAPKAN UNTUK ORANG MELAYU GAGAL DICAPAI. PARA PENERBIT BERLUMBA-LUMBA MENERBITKAN CERITA BAGAIMANA FASIHNYA MELAYU BERBAHASA INGGERIS SEHINGGA TERPAKSA DIROJAKKAN BERSAMA BAHASA MELAYU UNTUK MEMUDAHKAN PENONTON2 DI NEGERI2 MELAYU FAHAM. TETAPI YANG PALING MENYEDIHKAN TEMA CERITA MESTI BERKISAR BETAPA KUATNYA DENGKI ORANG2 MELAYU, KAKI BERCINTA DAN SEGALA MACAM MASALAH SOSIAL DAN LARANGAN AGAMA MENJADI MODAL. YANG MENJADI MANGSA ADALAH MELAYU YANG MENGHARAPKAN HIBURAN YANG IKHLAS...SAYANG AKHIRNYA BANGSA KITA MENJADI MALAS BERFIKIR DAN TELAH DIBUKTIKAN. PERSOALANNYA BENARKAH BEGITU BANGSA MELAYU...INILAH SKRIP2 DALLAS YANG TIDAK SEMPAT DIRELEASEKAN DIAMBIL SEMULA OLEH PENERBIT/PENGARAH MELAYU YANG MALAS NAK MEMAJUKAN BANGSANYA SENDIRI. OK TERIMA KASIH

kadang kala aku terfikir, terlalu banyak cerita yang ada di sekeliling pinggangku..antaranya seorang pak mentri menipu satu malaya menyatakan jambatanraya yang retak seribu masih selamat utk dilenjan...pelik..setelah hampir lunyai dikerjakan TB3 baru le dia agak slow tapi belum mengaku kalah. Pejamkan mata..manusia di atas & di bawah jambatan itu nyawanya sangat murah...hari ini di malaysia nyawa manusia murah..jogging pun kena bunuh..umur bawah akil baligh berus gigi tak betul mati dirogol....pergi ke sekolah tetap pada jalan yang betul pun kena...murahnya nyawa...di waktu bala yang hebat menekan permukaan bumi ada lagi anak2 muslim kulit sawo matang yang lalai akan masuknya maghrib. lihat hebatnya globalisasi...terlalu banyak dedah yang murah, lelaki rasa seronok mengerjakan satu perempuan sampai lima orang lelaki..engkau melayan selamat..engkau melawan mati di tepi longkang @ dibakar @ dipotong. Sebenarnya aku takut dan risau akan generasi akan datang, jika dunia ini masih ampuh usianya bagaimana dengan anak2 kita....selamatkah mereka berlari meredah nikmat dunia diberi percuma oleh Illahi. mari tidur lupakan seketika dunia, mari menari bersama mimpi yang anti realiti oh...indahnya.