Sunday, February 26, 2006

laporan pening

assalamualaikum..
manchester united menang lagi....ABPBH 2006 sangat membosankan..semuanya (wanita) sibuk menunjuk pangkal/lurah buah dada masing2...dan betapa besar buah memasing masyaAllah...ada yang bercucu pun masih nak tunjuk betapa maintainnya body and buah dada diaorang...ini ke contoh......ini ke idola...orang melayu malas berfikir....hari ni bala Allah turun di Shah Alam namun laporan berita masih cakap itu bencana alam...ribut petir aiseh!padan kena tipu je la bangsaku..satu fenomena di planet marikh di mana ianya mula bergerak bertentangan maksud aku ke arah barat...lepas marikh biasanya bumi,...matahari naik dari barat dan tenggelam di timur pintu taubat pun tertutup,,,
Hari ni badan aku ni agak letih 2 hari kelas...8 pagi until 7 ptng...and fully ini english unless we request "please in malay puan or tuan" and my english berterabur take time le plak utk polish...so i will try my best.
blah dulu mata ngantuk esok keje..projek bnyk tak jalan krn otak masih jem n blur,,,27 Feb hari lahir abah aku...selamat hari jadi semoga panjang umur murah rezeki bye wassalam.

Sunday, February 19, 2006

Antara Cinta Orang Hindu Dan Cinta Orang Islam
"Orang Hindu cintakan agama mereka, mereka pergi bersembahyang di kuil membawa semua ahli keluarga mereka, daripada cucu mereka yang masih dalam buaian hinggalah ke datuk nenek mereka yang bertongkat. Orang Islam cintakan juga agama mereka, tetapi jarang kelihatan mereka membawa ahli keluarga mereka daripada cucu hinggakan ke pangkat datuk apabila ada keraian di masjid, apatah lagi pada ketika solat Jumaat.Orang Hindu cintakan agama mereka, semua ahli keluarga mereka berpakaian cantik dan bewarna-warni apabila pergi ke kuil. Orang Islam cintakan juga agama mereka, tetapi adakalanya pakaian pergi kerja lebih cantik dan kemas daripada pakaian apabila pergi ke masjid.Orang Hindu cintakan agama mereka, mereka menghiasi cermin kenderaan mereka dengan kata-kata ajaran Hindu yang memberi semangat kepada mereka untuk lebih menghayati agama mereka. Orang Islam cintakan juga agama mereka, tetapi jarang kelihatan menghiasi cermin kenderaan mereka dengan pelekat-pelekat yang membesarkan kalimah Allah.Orang Hindu cintakan agama mereka, dimana mereka berada mereka akan membina tempat sembahyang tanpa mengharapkan sumbangan pihak berkuasa. Orang Islam cintakan juga agama mereka, tetapi sentiasa mengharapkan pihak berkuasa untuk mendirikan masjid atau surau.Orang Hindu cintakan agama mereka, dimana mereka sentiasa pergi ke kuil untuk mendapat restu sami mereka. Orang Islam cintakan juga agama mereka, tetapi jarang bertemu para ulamak untuk mendapat restu mereka.Orang Hindu cintakan agama mereka, mereka menjadikan kuil sebagai tempat rujukan. Orang Islam cintakan juga agama mereka, tetapi masjid dan surau semakin lama semakin sepi.Maka apakah kita mempertahankan Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan atas dasar kita cintakan agama Islam, sedangkan kecintaan kita kepada agama kita tidak seperti kecintaan penganut Hindu terhadap agama mereka. Kecintaan kita kepada sesama Islam tidak sama seperti kecintaan penganut Hindu sesama mereka. Apatah lagi kecintaan kita kepada mereka yang baru memeluk agama Islam."
ARTIKEL INI LANGSUNG TIDAK BERNIAT UNTUK MENGIKTIRAF MANA-MANA AGAMA SELAIN ISLAM ATAU MENYAMAKAN ISLAM DENGAN MANA-MANA AGAMA. SESUNGGUHNYA ISLAM ITU TIADA TANDINGAN DENGAN MANA-MANA AGAMA DI BUMI ALLAH INI. ARTIKEL INI SEKADAR MUHASABAH DIRI UNTUK DIRIKU DAN JUA SESIAPA YANG MEMBACA...APA ITU ERTI CINTAKAN AGAMA.

Monday, February 13, 2006

JIKA ENGKAU MAHU BERFIKIR
MANUSIA ITU PUNCANYA ADAM
ADAM DAN HAWA MELAHIRKAN ANAK ANAK KEMBAR SEPASANG
MEREKA MENYEMBAH ALLAH YANG SATU
NAMUN HARI INI MANUSIA MENGHINA JUNJUNGAN NO. 1
DI NEGARA INI KITA MELAYU ISLAM ADA YANG MASIH SELAMBA
KENAPA KAU TERUS BERDIAM
ADAKAH KAU ADA KEPENTINGAN
KALAU KU HINA BAPA DAN IBU MU BAGAIMANA ?
INI NABI KITA
KALAU TIDAK DITAKDIRKAN ALLAH HIJRAH NABI KE MADINAH...
ISLAMKAH KAU....ISLAMKAH AKU....
DAPAT KITA MENGHIDU BAU SYURGA...
JUNJUNGAN KITA DIHINA
MEDIA KITA MASIH SARAT DENGAN HIBURAN
HARI INI MELAYU ISLAM LARA...
BAIK KAU ARTIS...DOKTOR...CIKGU...PELAJAR...SURIRUMAH..KANAK-KANAK...
KAU HANYUT DALAM HIBURAN YANG SEMEMANGNYA ALPA..
KAFIR HARBI HINA NABI KAU KATA TAKPA..
ESOK KEMANAKAH KITA..
BAGAIMANA DENGAN ANAK-ANAK KITA
ADAKAH ARTIS-ARTIS DI KACA TV ITU BAKAL MENJADI IMAMNYA
YA ALLAH BERIKAN KAMI PERLINDUNGAN.....
ALLAHUAKBAR

Tuesday, February 07, 2006

CERITA MELAYU MINDA MELAYU
SETELAH SOAP DRAMA DALLAS DITAMATKAN PENYIARANNYA BERBELAS TAHUN YANG LALU NAMPAKNYA KESANNYA MASIH KETARA MALAH MAKIN MENEBAL TERUTAMA TERHADAP PERJALANAN DRAMA ATAU FILEM2 MELAYU. KALAU KITA PERHATIKAN ADEGAN MAKAN PASTI TIDAKKAN KETINGGALAN. DARI KAJIAN SAYA SELAMA 1 MINGGU MENONTON BERBAGAI GENRE DRAMA MAHUPUN FILEM TERBITAN BANGSA MELAYU 90% ADEGAN MAKAN ADALAH WAJIB. MALAH YANG PALING MENYEDIHKAN SEMUA CERITA MENCERITAKAN BETAPA MEWAH DAN KAYANYA BANGSA MELAYU IRONINYA DEB MEMBUKTIKAN PERATUS YANG DITETAPKAN UNTUK ORANG MELAYU GAGAL DICAPAI. PARA PENERBIT BERLUMBA-LUMBA MENERBITKAN CERITA BAGAIMANA FASIHNYA MELAYU BERBAHASA INGGERIS SEHINGGA TERPAKSA DIROJAKKAN BERSAMA BAHASA MELAYU UNTUK MEMUDAHKAN PENONTON2 DI NEGERI2 MELAYU FAHAM. TETAPI YANG PALING MENYEDIHKAN TEMA CERITA MESTI BERKISAR BETAPA KUATNYA DENGKI ORANG2 MELAYU, KAKI BERCINTA DAN SEGALA MACAM MASALAH SOSIAL DAN LARANGAN AGAMA MENJADI MODAL. YANG MENJADI MANGSA ADALAH MELAYU YANG MENGHARAPKAN HIBURAN YANG IKHLAS...SAYANG AKHIRNYA BANGSA KITA MENJADI MALAS BERFIKIR DAN TELAH DIBUKTIKAN. PERSOALANNYA BENARKAH BEGITU BANGSA MELAYU...INILAH SKRIP2 DALLAS YANG TIDAK SEMPAT DIRELEASEKAN DIAMBIL SEMULA OLEH PENERBIT/PENGARAH MELAYU YANG MALAS NAK MEMAJUKAN BANGSANYA SENDIRI. OK TERIMA KASIH

kadang kala aku terfikir, terlalu banyak cerita yang ada di sekeliling pinggangku..antaranya seorang pak mentri menipu satu malaya menyatakan jambatanraya yang retak seribu masih selamat utk dilenjan...pelik..setelah hampir lunyai dikerjakan TB3 baru le dia agak slow tapi belum mengaku kalah. Pejamkan mata..manusia di atas & di bawah jambatan itu nyawanya sangat murah...hari ini di malaysia nyawa manusia murah..jogging pun kena bunuh..umur bawah akil baligh berus gigi tak betul mati dirogol....pergi ke sekolah tetap pada jalan yang betul pun kena...murahnya nyawa...di waktu bala yang hebat menekan permukaan bumi ada lagi anak2 muslim kulit sawo matang yang lalai akan masuknya maghrib. lihat hebatnya globalisasi...terlalu banyak dedah yang murah, lelaki rasa seronok mengerjakan satu perempuan sampai lima orang lelaki..engkau melayan selamat..engkau melawan mati di tepi longkang @ dibakar @ dipotong. Sebenarnya aku takut dan risau akan generasi akan datang, jika dunia ini masih ampuh usianya bagaimana dengan anak2 kita....selamatkah mereka berlari meredah nikmat dunia diberi percuma oleh Illahi. mari tidur lupakan seketika dunia, mari menari bersama mimpi yang anti realiti oh...indahnya.

Wednesday, February 01, 2006

saja-saja

aku baru saja mendaftar utk prog. master. mak oi..punya la payah. semuanya dalam bahasa inggeris...ntah paham, ntah tidak so ini adalah dugaan sebagai manusia....korang mcmana ok...aku pun pelik blog aku takde respon x syok cakap sorang2..apa pun selamat bekerja sahabat..dan kepada kenalan baru...teruskan bernafas kerana itu tanda pintu rezeki masih terbuka untuk anda..wassalam